UMNO Kelantan tidak akan bekerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta merta dan akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<br /><br />Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob memaklumkan, piagam MN yang dibentuk antara Pas dan UMNO peringkat negeri terbubar.<br /><br />Ia susulan keputusan yang Pas tetap bersama Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Bersatu.
